My Blog List
Tuesday, October 25, 2011
wanita mengandung kembar 12....
Seorang wanita yang berasal dari Tunisia diketahui sedang mengandung 12 bayi. Wanita yang enggan disebutkan namanya itu mengatakan kehamilan ini sangat menggembirakan dirinya kerana sebelum ini wanita itu telah mengalami dua kali keguguran.
Dia dan suaminya berharap memiliki enam anak laki-laki dan enam anak perempuan. Saat ini wanita tersebut sedang hamil sembilan bulan dan dalam masa menunggu untuk melahirkan bayinya.
Namun, para pakar kesihatan mengkritik keras apa dialami wanita ini. Mereka menuduh doktor yang merawat pasangan itu mempertaruhkan kesihatan serta kehidupan ibu dan bayi yang dikandung. Tidak diketahui perubatan kesuburan apa yang mereka lakukan, tapi suaminya yang bernama Marwan, mengatakan yang mereka mengharapkan anak kembar.
Wanita itu pula ingin segera memeluk bayi kembarnya dan ingin melahirkannya secara normal. Tetapi menurut pakar sakit puan perkara itu tidak mungkin dibenarkan. Marwan, yang mengajar di sebuah sekolah di Gafsa, bahagian barat Tunisai mengatakan kehamilan sebanyak 12 bayi ini adalah sebuah keajaiban.
"Awalnya aku berfikir bahawa isteriku akan melahirkan kembar dua. Tetapi didapati lebih banyak bayi dalam perut isteri saya," kata Marwan seperti diberitakan oleh Telegraph.co.uk.
Keadaan tersebut menurut Simon Fisher, pakar fertiliti dari University of Oxfordadalah sangat menakutkan. Dia mengatakan kehamilan tersebut dapat terjadi kerana pasangan tersebut mengabaikan nasihat dari doktor dengan melakukan hubungan seksual semasa sesi perubatan.
"Kesempatan untuk janin mereka hidup sangat kecil. Mungkin beberapa dari janin akan hidup tanpa masalah kesihatan tetapi risiko mereka mengalami masalah kesihatan yang serius juga sangat besar," kata Fisher.
Keadaan ini juga sebelumnya dialami oleh seorang wanita berasal dari Amerika Syarikat, Nadia Sulaeman tetapi jumlah bayinya tidak sebanyak wanita yang berasal dari Tunisia itu. Pada Januari 2010, dia berjaya melahirkan lapan bayi melalui teknik hasil IVF.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment