My Blog List

Thursday, November 3, 2011

Nguyen Dua Hai, seorang lelaki Vietnam, mengidap tumor seberat 90 kilogram selama 10 tahun yang lalu. Saiz tumor itu sangat besar. Panjangnya saja men



Nguyen Dua Hai, seorang lelaki Vietnam, mengidap tumor seberat 90 kilogram selama 10 tahun yang lalu. Saiz tumor itu sangat besar. Panjangnya saja mencapai 1,2 meter. Keadaan tersebut membuat Lelaki 31 tahun yang tinggal di bandar Da Lat itu sukar bergerak. Malah tidur pun, dia terpaksa berdiri.

Selama ini dia dirawat ibundanya yang berusia 61 tahun. Dia yang membantu Dua Hai melakukan kegiatan sehariannya. Tuoi Tre News melaporkan, Rabu (2/11/2011).

Dua Hai dilahirkan sebagai bayi yang normal. Tumor itu baru terlihat saat dia berusia empat tahun. Kaki kanannya tumbuh secara tidak normal.

Ketika usianya 17 tahun, tumor itu sudah seberat 25 kilogram. Kerana itu kaki kanannya dipotong setinggi lutut. Pada masa itu doktor di Rumah Sakit Umum Lam Dong belum mengetahui jenis kanser yang dideritanya.

Pada tahun 2001, di kaki yang sudah dipotong itu tumbuh tumor baru yang terus tumbuh hingga kini ini panjangnya mencapai 1,2 meter dengan berat sekitar 90 kilogram.

Tumor itu melebar sampai ke punggungnya. Selain tidak boleh bergerak, Dua Hai harus menanggung rasa sakit yang luar biasa. Beberapa waktu lalu, tumornya itu koyak sepanjang lima sentimeter dan mengeluarkan darah.

Dua Hai dijadualkan akan menjalani pembedahan pada 18 November nanti. pembedahan itu akan dilakukan oleh pasukan doktor gabungan dari Amerika Syarikat dan Vietnam di Rumah Sakit Tumor Ho Chi Minh City. Dianggarkan operasi bakal berlangsung selama 10 hingga 12 jam. ~ kompas.com

1 comment: